Thursday, August 2, 2012

UNIC melamar Imam Muda Hassan (Info Munsyid)

UNIC melamar Imam Muda Hassan (Info Munsyid)
UNIC melamar Imam Muda Hassan (Info Munsyid)
UNIC melamar Imam Muda Hassan (Info Munsyid) - Imam Muda Hassan, satu nama yang kian mekar dan dikenali di kalangan masyarakat tanah air. Imam Muda Hassan berumur 27 tahun,  berasal dari Kampung Sungai Wangi, Ayer, Perak Darul Ridzuan.

Bermula dengan perjalanan sebagai Juara dalam rancangan Imam Muda musim kedua, anjuran Astro Oasis 106 pada 2011, Imam Muda Hassan kian mengorak langkah beliau  seiring dengan arus menyampaikan dakwah kepada orang ramai melalui kaedah beliau sendiri.

Kini, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Persada Oasis Travel & Tours dan berperanan sebagai Naqib dalam program Imam Muda musim ketiga. Walaupun jadual aktiviti beliau padat, beliau tidak kenal erti penat lelah dalam kesibukan.

Album pertama; Doa Haji & Umrah (Panduan buat Tetamu Allah)

Imam Muda Hassan tampil dengan ‘hadiah’ istimewa buat semua. UNIC Records yang bertindak sebagai penerbit album, bertajuk,  ‘Doa Haji & Umrah (Panduan buat Tetamu Allah) telah berada di pasaran sejak 25 Julai  2012 yang lalu.

Album yang memuatkan bacaan doa, koleksi niat haji dan ibadah umrah serta bacaan ayat suci al-Quran, tampil dengan konsep istimewa. Ia juga menepati kehendak pasaran, mudah diterima dan dipelajari oleh orang ramai.

Selain itu, antara doa-doa yang terdapat dalam album tersebut ialah, Doa Menuju Hajarul Aswad, Doa Dibaca di Mulazam, Doa Minum Air Zam-zam, Doa di Makam Ibrahim dan Doa di Arafah.

Untuk mendapatkan album ini, UNIC Records dengan kerjasama UNICMyShop (www.unic.my) sedang mengadakan PROMOSI sebanyak 10% dari harga RM19.90 kepada pembeli online mereka. Promosi sedang berlangsung sehingga tarikh 6 Ogos 2012. Inteam Records juga bertindak sebagai pengedar album ini.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 atau +6019-428 9986 atau emel ke order@unic.my.

Selamat maju jaya Imam Muda Hassan!
Sumber : NK
UNIC melamar Imam Muda Hassan (Info Munsyid)

0 comment:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India